Monday, May 24, 2010

.kekhuatiran.

John C.Maxwell pernah berkata, “Kekhuatiran akan menghambat tindakan, tiadanya tindakan menunjukkan tiadanya pengalaman, tiadanya pengalaman menunjuk tiadanya pengetahuan dan tiadanya pengetahuan melahirkan kekhuatiran.” Maka ketakutan sekiranya tidak ditangani dengan baik melahirkan sejumlah kekhuatiran yang baru.
Denis Waitley dalam bukunya, Seeds Greatness (1983), memaparkan suatu hasil penyelidikan yang mengejutkan. Dikatakan 60% kekhuatiran kita sama sekali tidak berasas, dan rasa khuatir itu tidak menjadi kenyataan. Manakala 20% kekeliruan kita terfokus pada perkara yang terjadi di masa lampau dan yang berada di luar kawalan kita. 20% kekhuatiran kita pula berdasarkan perkara remeh-temeh yang tidak mendatangkan sebarang perbezaan dalam kehidupan kita. Daripada baki yang berjumlah 10% itu, hanya 4 hingga 5 peratus ketakutan yang dianggap berasas. Angka-angka statistik yang dipaparkan oleh Denis ini sekali gus menunjukan setiap waktu atau tenaga yang kita luangkan bagi melayan kekhuatiran atau ketakutan adalah sia-sia dan 95% tidak produktif, malah inilah yang membuatkan kita enggan memulakan sesuatu perkara.
Hikmahnya, sekiranya sudah memulakan sesuatu(tentukah berdasarkan pada pertimbangan yang matang), kemungkinan untuk berpatah balik berkurangan. Beberapa ‘daya tarikan’ yang dapat membuatkan kita berpatah balik adalah keterbatasan fikiran, kenangan kejayaan masa lampau dan kesenangan yang masih dalam ingatan. Daya tarikan seperti ini membuatkan kita keberatan untuk menghadapi cabaran dan dugaan yang ada. Itulah sebabnya antara kata-kata yang sering muncul dalam keadaan demikan adalah ‘dulu’ atau ‘kalau’.
Malah, sekiranya kita berada dalam perjalanan dan terpaksa berubah haluan, jangan sekali-kali kita berpatah balik kecuali sekiranya mengalami perkara-perkara yang memang di luar jangkaan dan kekuasaaan manusia. Inilah yang pernah diperkatakan oleh Isabel Moore, “Kehidupan ini ibarat satu perjalanan sehala. Seberapa banyak pun perubahan haluan yang anda alami, tidak satu pun yang dapat membawa anda kembali. Apabila anda mengetahui dan menerima hakikat ini, kehidupan kelihatan jauh lebih mudah.”
Ketika memulakan aktiviti pada awal tahun, perancangan yang baik menjadi dasar aktiviti yang kuat dan wawasan yang jelas sangat membantu mengarahkan aktiviti dengan lebih berkesan dan cekap. Manakala komitmen untuk terus maju membuat kita mengalami perkara-perkara yang tidak terduga sebelumnya, berupa kelancaran dalam menyelesaikan tugas-tugas sudah dirancang.
Dalam skala pekerjaan, hasil kerja yang membuahkan keputusan yang strategik, sudah tentu dilaksanakan (dipermudahkan, disosialisasikan, dijalankan) dengan bijak. Menghalang perlaksanaan tentunya juga menghalang perkembangan syarikat ke arah yang lebih baik, juga menghalang pemikiran untuk kembali melaksanakan pekerjaan yang tidak diprogramkan. Walaupun prinsip ‘terus maju’ tidak terlepas daripada pelbagai risiko, perancangan yang matang dan berkesan adalah perkara yang boleh menjangka jumlah risiko yang ada.
~Parlindungan Marpaung~

5 comments:

nazreenhashim said...

kopi dari mne ne?

nurul nadia said...

rajin giler ko karang novel nih..hihi

yadeinmya said...

jeb : aku bce bku setengah berisi setengah kosong...
aku rase yg ni cm besh nk kongsi..so aku post r kt sni...tp buku 2 mmg besh r..byk motivasi..tp aku pon x abes bce ag..uhuhu

nero : rajin karang..??rajin taip balik jer..edit2 skit.ahaha...

Salimah Alias said...

anda telah ditag..jika boring..sile balas!..haha

yadeinmya said...

ahahaha..trimas..ada mase aku buat yerr...